Ilmu+sabar
“Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah”
perumpamaan yang biasa didengar tetapi sejauh mana ia diaplikasikan?
(ini Pokok Succulent saya, insyaallah memang takkan berbuah sampai kiamat pon sebab ia se-spesis dengan cactus)

Ilmu bukan pengetahuan semata-mata. Ilmu itu ialah nur yang masuk ke dalam hati lalu dapat mengingatkan manusia untuk rasa takut/takwa kepada Allah (Ustaz Kazim Elias, 2009).
Oleh sebab itu, orang yang alim(berilmu) itu bukan orang yang banyak membaca buku sampai lebam2 mata seperti beruang panda di china tetapi orang yang beramal dengan apa yang dibacanya.
Contohnya, ilmu pergaulan perlu dipraktikkan(diamalkan) untuk membina hubungan yang baik dengan juniors
(Juniors di rumah terbuka kak ida)

Hasil dari ilmu yang diamalkan itu insyaallah akan dibuktikan dengan ukhuwah yang erat seperti usrah(keluarga)
(rakan2 usrah di rumah terbuka kak ida)

Allah benci kepada orang yang menjatuhkan hukum kepada orang lain sesuka hati dan sentiasa menggangap dirinya lebih betul/hebat. Ingatkanlah diri sendiri bahawa kehebatan yang dirasakan itu pun Allah yang bagi. Betul atau salah itu kerja Allah. Maka janganlah beriri hati atau hasad dengki tetapi berusahalah dengan sungguh2 untuk mencari jalan keredhaan(kepuasan hati) Allah.
(Jalan yang selalu dilalui diwaktu petang untuk membakar lemak2)

Ujian yang Allah beri itu untuk menguji kesabaran dan mengukur tahap keimanan manusia. “Innallaha ma’assobirin”. Kalau berjaya dengan kesabaran yang sebenar, Allah menjanjikan kejayaan. Kalau sabar dalam pergaulan, insyaallah kita akan jadi lebih kuat dan tidak mudah berburuk sangka. “Sesungguhnya sahabat sejati itu adalah mereka yang bukan sahaja berkongsi kegembiraan bersama tetapi sanggup berada disisimu ketika susah walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan”.
(Insyaallah inilah antara kawan susah dan senang, terbukti semasa rumah terbuka batch 2006)

(gambar2 budak batch sepanjang 4 tahun berkawan di New Zealand sebagai backdrop open house batch 2006. ampun maaf dipinta atas salah silap sepanjang berkawan~)

(berlatar belakangkan gambar2 nostalgia wuhuuu~)

Walau pahit dan sulit mana sekalipun masalah sesama manusia, ingatlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya. Belajar untuk senyum bila berhadapan dengan fitnah dan mehnah. Kadang2 tu, fikirlah juga kalau ada masalah dengan manusia, adalah masalah kita dengan Allah. Mungkin solat tidak dijaga, aurat entah kemana, batas pergaulan ikut suka, hidup untuk siapa?
Apa2pun, Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin!
(anne kata, ini cookies terbaik di dunia =). terima kasih kepada dia kerana sentiasa mempromosikan cookies ini dan ibu yang menurunkan resepi ini kepada saya~)










