Eid Mubarak [Updated]
Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin kepada semua!
Untuk rakan-rakan di Christchurch, jemput datang ke Open house Batch kami di rumah saya~

Gambar di hari raya pertama (tidak banyak kerana tak larat beraya..isk):
“Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah. Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim, ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa” ( Zainul Rijal Abu Bakar, 2009)









