Allahumma Balighna Ramadhan
Kata Imam Malik; terdapat 4 benda untuk manusia mendapat ketenangan dan kehebatan:
1) Kenderaan yang pantas:

Tidak perlu BMW ataupun Ferrari kalau setakat nak ke kedai membeli aiskrim warna-warni untuk memujuk adik yang melalak di rumah tak tentu pasal. Kenderaan yang pantas sebenarnya ialah akal yang panjang. Kalau adik menangis di rumah, tanya apa sebabnya, bukan terus sogok dengan aiskrim warna-warni yang murah tu.ceh.
2) Rumah yang lapang:

Bukannya mahligai berpuluh tingkat, beratus bilik dan taman-taman tetapi kesabaran. Bagaimana cara mukmin bersabar? Tekan butang pause bila marah, muhasabah diri, redha dengan apa yang terjadi dan yakin dengan pertolongan Allah..
3) Pakaian yang cantik:

Kain berlabuci atau bermanik berlian kah? Pakaian yang cantik sebenarnya ialah Akhlak yang cantik dan baik. Kalau baju je lawa, jenama mahal-mahal tapi perangai buruk, bila tegur silap sikit dah berapi-api sampai boleh goreng telur atas muka; maka buruklah seseorang itu..
4) Lampu yang menerangi:

Bukan bermakna kita kene cari lampu kristal bling-bling ala chandelier, lampu yang menerangi bermakna ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang mendorong kita untuk menjadi lebih baik dan hebat. Bukaannya ilmu hitam, ilmu mengorat lelaki/perempuan atau ilmu mencari gossip artis ..
Kesimpulan dari ceramah Ustaz Kazim Elias – Godaan Syaitan 02









