IMG 4677 Copy Copy

3S

0

In Program 3S= sembang-sembang sisters ,our usrah group=usrah “jual gelang” was responsible for making the video related to “Ainul Mardhiah” and present some story of the Sahabiah namely Aisyah R.A+ Sumayyah+ Siti Khadijah and also about the women’s aurat. The text below are some of the crucial points presented by me during that night.

AURAT WANITA

Aurat: bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup

Menutup aurat = Lambang penyerahan diri dan persetujuan kpd perintah Allah

(Al-Ahzab:33) Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai “ahlul bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”

Allah S.W.T. telah berfirman (Al-Ahzab:59)“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Scope aurat:

1 . Bulu kening

  • Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) “Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
  • Allah cipta utk lindungi mata kita-terutama bila peluh menitis dari dahi

2 . Kaki

” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ” An-Nur : 31

3 . Wangian

” Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina “Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada

” Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka “An-Nur : 31

5 . Muka dan leher

” Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu “

6 . Muka dan Tangan

” Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis .Rasullulah bersabda : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja “ Riwayat Muslim dan Bukhari

7 . Tangan

” Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya “.Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

8 . Mata

” Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya “An Nur : 31

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan “Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

9 . Mulut ( suara )

  • “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik “Al Ahzab : 32

10 . Kemaluan

  • ” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) ” An Nur : 31
  • ” Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya “Riwayat Al Bazzar

11 . Pakaian –jarang, ketat, belah

” Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti “Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

” Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya “Riwayat Bukhari dan Muslim

12 . Rambut

” Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya “Riwayat Bukhari dan Muslim

” Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya ,segala makhluk, burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya “

Kesimpulan:

  • bukan penindasan tapi lambang ketinggian harga diri, kemuliaan wanita yang perlu dipelihara-perempuan = mahal+ eksklusif
  • Kalau kita tutup aurat didunia , Allah akan tolong tutup aib kita di akhirat kelak insyaallah

IMG_4675 copy copy

IMG_4630 copy copy

IMG_4677 copy copy

**Farewell to kak sakina who’s going back to Msia for good..sorry for not being able to “escort” u to the airport!..

p/s:jangan lupe janji kite..hehehehehe..sorry la upload gambar utk video aritu..malas aa nk cari gmba solo yg lain utk kak sakina..huhu

KAK Sakina copy copy

Comments:

Leave a Reply